Jul 18 2008
Luahan Hati [aku juga..]
-
Aku suke banget bila ada org tulis mcm nie kat dlm salah satu national paper semalam…sbb aku pun sehati sejiwa serasa dgn dia. Walaupun aku tak kenal dia, aku ucap syabassss byk2 sbb dia mewakili org mcm aku..meluahkan apa yg terpendam.
-
Terima Kasih Kerana Menyusahkan Kami
“SAYA merupakan salah seorang daripada ribuan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan luar biasa pada Isnin lalu. Seperti yang dimaklumkan, satu perhimpunan haram telah dirancang diadakan di bangunan Parlimen oleh pihak-pihak tertentu.
Walau siapapun pihak tersebut sama ada parti politik kerajaan atau parti politik pembangkang mahupun NGO, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana telah menyusahkan kami semua, menyebabkan bergelen-gelen minyak kami habis dalam kesesakan, menyebabkan kami lewat ke pejabat, menyebabkan mesyuarat penting dibatalkan dan bermacam-macam lagi.
Juga terdapat rancangan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di KLCC. Terima kasih juga kerana menyebabkan negara ini jadi tidak selamat, menyebabkan para pelabur lari, menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi tidak kompetitif kerana selalu ada perhimpunan haram, apabila pelabur lari operasi pula ditutup maka ramai orang kena berhenti kerja. Anak dan isteri tidak dapat makan. Terima kasih banyak-banyak.
Sebagai rakyat Malaysia, saya sudah bosan dan muak dengan senario sekarang baik dari segi politik atau lain-lain.
Tidak kira apa sekalipun objektif demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram ia cuma akan menyusahkan kami yang tidak bersalah. Jika hendak serah memorandum, serahlah secara baik. Tidak perlu hendak berkumpul beramai-ramai. Apakah masing-masing mahu jadi hero?
Sebagai pengundi berdaftar yang telah mengundi pada pilihan raya lalu, kami telah memilih calon pilihan masing-masing. Jika ada pihak hendak bermain politik kotor atau berdemonstrasi itu masalah anda, jangan heret kami dalam masalah. Kami banyak kerja hendak buat!“
ARES SALIM - Kota Damansara
-
6 Responses to “Luahan Hati [aku juga..]”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Not A Member? Register for Free!

Slm puan faeizah, eh silap masih cik lagi,hihi..
Smoga awk sihat2 hendaknya..:) emm, mmg setuju gak ngan faeizah ngan org yg turut rase perkara tersebut..pelik kekadang org yg suka sangat berpolitik siang malam sampai setahun..sepatutnya dia tumpukan kepada apa yg dijanjikan kepada kita semua sblm ni..tak kisahlah dari parti manapun..
Yang paling sy pelik ada org marah sy sbb bersikap neutral,hehehe..:) dia kata wajib sokong pembangkang,hahah..ajaran datuk ayah pin agaknya..:P
salam faeizah..eh eh..bila nak tukar status ni..jgn senyap2 tak bagitahu kita dah la kan acai kan..hihi..
setuju ngan acai, lebih baik bersikap neutral je sebab bukan kedua2 pihak pun yg sempurna, masing2 ada baik dan buruknya, mmg penat la ngan senario politik sekarang ni..
Acai & Meen >> saya pun tak sokong mane2. cumanya psl depa..kita yg susah..
Insyaallah..sampai masanya..saya akan maklumkan hehehe
huhu..sib baik kasih x terperangkap dlm kesesakan haritu..
memang betul..apa yg diorang buat, betul2 menyusahkan.. kat opis kasih pun byk meeting yg tertunda..
kdg2 diorang ni selfish sungguh.dan tak fikir pasal org lain.. =(
saya suka apa yg writer tu tulis:
1) saya sudah bosan dan muak dengan senario sekarang baik dari segi politik atau lain-lain.
2) Kami banyak kerja hendak buat!
sesungguhnya orang malaysia sangat emosional dalam banyak perkara. kan. =)
adakah malaysia yg asal dari tanah melayu btul2 negara islam ???
adakah PM kite btul2 jadik leader berdasarkan leader seorang umat islam??
adakah malaysia kini sekadar = MALAYSIA ..
or mmg malaysia negara islam?? or sekadar nama sahaja?
adakah malaysia benar2 bebas dari jajahan dari portugal? belanda ? and BRITISH?
adakah benar2 bebas?
walaupun kite telah di iktiraf merdeka selama 51 tahun??
or sekadar title sahaja tetapi sebaliknye masih ramai lagi rakyat yg tertindas dan seksa?
jika benar leader kite dari pm or CEO company swasta or kerajaan yg melayu..
berkonsepkan islam sebenar.. nilai2 murni islam 100%..
sesungguhnya.. akan aman lah malaysia ni.. walaupun mempunyai pelbagai bangsa…
kerana mereka sebenarnya tidak ramai atau tidak tahu mengikuti 2 perkara pusaka yg d tinggalkan Nabi Muhammad s.a.w
original wasiat nabi muhammad s.a.w sebelum wafat
” kutinggallkan dua perkara ( pusaka) kepada ummatku iaitu KITABULLAH (AL - QURAN) dan SUNNAH.. Jika kamu btul2 berpegang TEGUH KE DUA DUANYA..
nescaya kamu tidak akan SESAT SELAMA LAMANYA. ”
jika setiap diri kite rakyat malaysia yg berhati mulia seperti BAGINDA..
nescaya malaysia ini akan aman damai.. maju.. tenteram.. sejahtera…
tapi ape sebaliknye yg berlaku di MALAYSIA ??
1. politik - goyang / rapuh / korupt
2.melayu - layu
3.kemiskinan - berleluasa ( TV3 bersamamu - masih ramai lagi golongan yg susah sampai terpaksa makan siput babi )
4 A.kaya - hati yg jahat/ busuk = makin kaya / sombong / belagak / tak kenal dunia / rasa diri serba cukup B.kaya - hati mulia - bape kerat je? 5% from 100%?
5.miskin - makin miskin dan tertindas
6.jenayah - rogol.. bunuh.. rompak..dadah culik and etc makin panas / meningkat / berleluasa ( golongan yg selalu melakukan kerosakan ??? melayu juga kan? ( sila baca paper ari2 )
7.bangsa paling glamer melakukan kerosakan / kejahatan - melayu = layu?
8 arak - kilang s alam terbesar ASIA / kaum melayu juga yg paling ramai minum berleluasa tanpa segan silu
9. babi - pusat ternakan paling besar d ASIA juga..?? btul tak?
10. judi - genting highland / chine paling kuat judi / melayu juga ada.. zzz
11.bersikap jujur/ikhlas - adakah smer orang rakyat malaysia benar2 jujur dan ikhlas?
12. zakat - mana pegi duit zakat yg kite sedekah tiap tahun ?? mana pegi?
seorang bangsa melayu / islam - sedekah rm 4 .. kalo ade 20 juta rakyat malaysia - melayu bape keuntungan pusat zakat MALAYSIA dpt setahun?
13. EKONOMI - sape yg hebat? golongan 1. china 2. india 3. ???
14. BERNAS ( BERAS NASIONAL ) MAKANAN HARI2- CEO dia sape? anda tahu? golongan CHINA …
* kuli batak / para petani siapa?? golongan MELAYU ..
15. PETROL - topik paling femes.. / hangat / meletup kenape harga kite still mahal
seliter rm 2.78 sen now gov dah tolak rm 0.15 sen still seliter RM 2.63
RM 2.78 seliter
RM 2.63 seliter
beza 0.15 sen
ada perubahan? rakyat bley aman damai?
* malaysia mempunyai pelantar minyak d kuala terengganu…
fungsi utk ape?
* alasan PM ” kite kene ikut keadaan.. global minyak dunia..
minyak naik kite naikkan .. minyak turun.. nanti saya pikirkan ”
* ape motif pelantar minyak d kuala terengganu itu?
PETRONAS … still miskin ke? tak cukup ke gaji dari CEO - staff paling rendah ?
* PM n konco2 dia pun saya dengar isi petrol FREE je..
indahnye dunia mereka.. duit dah le byk.. rumah besar.. kete besar..
isi petrol pun FREE je.. ???
* PETROL and DIESEL adalah punca utama motosikal.. kereta.. teksi.. lori.. van.. bas.. kapal terbang / jet.. helikopter.. berfungsi dengan sebaiknye..
tetapi jika kos meningkat.. konfem kos2 lain2 juga akan meningkat..
* kos sara hidup konfem meningkat.. harga barangan makanan..minuman..
pakaian… bende2 asas manusia utk idup akan meningkat!!!
*kos harta bende juga meningkat .. konfem !!!
siapa yg kawal smernye ini?
adakah orang bawahan yg kawal?
tidak!! konfem orang2 atas atas yg kononnye handle malaysia yg kawal..
* siapa yg patut di persalahkan?
adakah sistem malaysia btul2 mengikut 100% islam?
or sebaliknye?
kerana mereka sebenarnya tidak ramai atau tidak tahu mengikuti 2 perkara pusaka yg d tinggalkan Nabi Muhammad s.a.w
original wasiat nabi muhammad s.a.w sebelum wafat
” kutinggallkan dua perkara ( pusaka) kepada ummatku iaitu KITABULLAH (AL - QURAN) dan SUNNAH.. Jika kamu btul2 berpegang TEGUH KE DUA DUANYA..
nescaya kamu tidak akan SESAT SELAMA LAMANYA. ”
SELAMAT MEMBACA DAN BERPIKIR.. SECARA RASIONAL .. BIJAK..
SEMOGA HATI SAUDARA DAN SAUDARI AKAN MEMAHAMI.. APE YG TERSIRAT DAN TERSURAT…
ASSA LAA MU ALAI KUM..
SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU …